30 Januari 2013

Perantau rayu turun sewa Ladang Gemilang

18 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -



KUALA TERENGGANU: Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) menyokong pembangunan semula perkampungan Melayu di Kampung Ladang, di sini sesuai dengan arus pembangunan masa kini.

Bagaimanapun, Setiausahanya, Shuhaimi Embong berharap ianya tidak menghapuskan warisan sejarah sebuah perkampungan Melayu di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu seperti mana masih wujudnya kampung baru di tengah-tengah Kota Metropolitan Kuala Lumpur, Kampung Morten di Melaka.

“Ini termasuk juga perkampungan Cina yang tidak dirobohkan di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu,” katanya ketika diminta mengulas laporan Berita Harian Edisi Timur, semalam.

Beliau memberitahu, rombongan Perantau baru sahaja selesai mengadakan tinjauan dan berdialog dengan sebahagian penghuni Ladang Gemilang bersama Datuk Raja Kamarul Baharin Shah Raja Ahmad yang Pengerusi Amanah Cawangan Terengganu pada 26 Januari lepas.

"Dari apa yang kami lihat, ternyata pihak kerajaan negeri tidak menyediakan kemudahan asas yang baik seperti kemudahan tempat pembuangan sampah yang sempurna, parkir yang mencukupi dan juga kemudahan rekreasi kepada penghuni Ladang Tok Pelam yang ditempatkan di Ladang Gemilang kos sederhana," katanya.

Selain itu, ujarnya Perantau merayu kepada kerajaan negeri mempercepatkan perjanjian sewa beli yang dijanjikan di samping menurunkan kadar sewa pangsapuri kos sederhana tersebut dari RM300 sebulan kepada RM150 sebulan.

Ini, katanya kerana ramai penghuni tersebut adalah orang-orang tua dan sebahagiannya telah hilang mata pencariannya dengan berniaga secara kecil-kecilan apabila perkampungan Ladang Tok Pelam tersebut dirobohkan.

harakah/-

Tiada ulasan: