|
KUALA LUMPUR - Remaja yang dipercayai manusia paling tinggi di
Malaysia, Mohd. Azli Hisham Abdul Ghafar memasang impian untuk mewakili
Malaysia di peringkat antarabangsa dalam sukan bola keranjang.
Menurut Mohd. Azli Hisham, 18, dia yakin ketinggian luar biasa yang
dimilikinya boleh digunakan untuk menyumbang sesuatu kepada negara
terutamanya dalam sukan berkenaan.
"Sesetengah orang menganggap ketinggian luar biasa yang saya miliki
adalah satu kekurangan kerana sukar untuk melakukan sesuatu perkara
seperti memilih baju, kasut dan sebagainya.
"Bagaimanapun, saya tidak menjadikan ketinggian sebagai halangan dan
menganggap ia satu kelebihan untuk saya mencapai impian menjadi seorang
pemain bola keranjang profesional satu hari nanti," katanya ketika
ditemui selepas ditemu bual dalam rancangan Selamat Pagi 1Malaysia di Angkasapuri di sini semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan