2 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
SKUDAI 13 FEB: Tanah rakyat Johor yang dirembat secara haram sedang
dilelong kepada pelabur asing oleh kroni Perdana Menteri untuk
pembangunan bersepadu Iskandar Malaysia, kata Naib Pengerusi KEADILAN
Johor, Hasan Karim.
Dedah beliau, semua tanah berkenaan dilelong kepada pelabur Eropah, China, Hong Kong dan Singapura.
Akibatnya, penduduk yang memiliki plot tanah kecil menjadi mangsa
rampasan secara sistematik selepas disatukan atas nama pembangunan
tersebut.
“Dari
Sungai Danga, Sungai Perling sampai ke Tanjung Pelepas, kebanyakan
tanah diberi pada KPRJ (Kumpulan Prasarana Rakyat Johor).
“Tapi bukan KPRJ yang bangun dan uruskan. Tanah ini digadai kepada
Danga Bay yang dipunyai Lim Kang Hoo, kroni Najib Razak dan Ghani
Othman,” kata Hasan.
“Dulu DPMJ (Dewan Perniagaan Melayu Johor) nak majukan, tapi ditolak.
Sekarang di Lido Boulevard, dari depan Masjid Abu Bakar sampai Marin
Shahbandar dimiliki tauke judi, Vincent Tan,” katanya lagi pada Ceramah
Umum KEADILAN di Taman Skudai Indah, di sini semalam.
“Rumah
di Iskandar ini pun bukan untuk rakyat biasa, tetapi untuk orang-orang
kaya. Harga jutaan ringgit. Adakah rakyat biasa mampu beli?” soal Hasan.
“Yang ada sekarang ini pun, ramai tak mampu beli rumah,” sambungnya disahut sorakan ‘betul’ hadirin.
Hasan sebelum itu bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid
Ibrahim ke Forum Perdana Isu Tanah Di Negeri Johor di Hotel Li Garden,
Pasir Gudang.
Menurut Hasan, berbanding Johor, Pihak Berkuasa Tempatan Selangor di
bawah pentadbiran Pakatan Rakyat lebih proaktif menyelesaikan masalah
pemilikan tanah.
“Kalau duduk 10 tahun, kerajaan (Selangor) beri geran. Di Johor, ada yang duduk 40 tahun masih tak dapat hak milik.
“Di Selangor, Menteri Besar dan pegawai pejabat tanah turun padang.
Di Johor, dah buat temujanji dengan D.O (pegawai daerah) pun, susah nak
jumpa,” kata Hasan.
Isu tanah di Johor kritikal sehingga Pakatan Rakyat menuntut kerajaan
negeri menyelesaikan segera tuntutan, permohonan dan pampasan
pengambilan melibatkan puluhan kes termasuk Iskandar Malaysia.
Antaranya isu pengambilan tanah di Pengerang, Felda Cahaya Baru
Masai, Kampung Plentong Tengah, Sungai Balang, Bekok, Kampung Skudai
Kiri dan puluhan lagi.
keadilandaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan