2 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA - Beberapa pemilik rumah yang menetap di
kampung Melayu bandar ini atau juga dikenali sebagai Matau merayu pihak
berwajib mengembalikan semula tanah yang mereka teroka dan diami sejak
lebih 40 tahun lalu.
Penduduk, Kamariah Othman, 69, berkata, mereka mahukan hak milik tanah itu supaya dapat membina penempatan yang lebih selesa.
“Sekiranya tanah ini diserahkan kepada kami, dapatlah kami membaiki rumah kami yang uzur ini.
“Kalau dapat diberikan walaupun hanya satu lot tanah, sudah memadai memandangkan di sinilah tempat kami mencari rezeki sejak sekian lama,” katanya.
Kamariah berkata, isu penempatan di Matau sudah beberapa kali disiarkan media termasuk akhbar ini, malah sebahagian penduduk juga telah membuat bantahan selain turut mengambil tindakan mahkamah.
Katanya, penduduk sebelum ini ada ditawarkan rumah untuk dibeli, namun mereka tidak mampu kerana pendapatan tidak seberapa.
“Memang kami tidak mahu berpindah dari sini kerana ini adalah tanah yang kami teroka ketika mula-mula sampai di sini, jadi ia adalah milik kami,” katanya kepada Sinar Harian.
Tinggal dalam rumah daif
Kamariah turut membawa Sinar Harian mengunjungi beberapa rumah daif di kawasan terbabit dan menerusi tinjauan yang dilakukan, rata-rata penduduk tinggal dalam rumah kayu yang buruk dan tidak sempurna.
Malah, majoriti rumah masih menggunakan air telaga sebagai sumber air, termasuk rumah milik Maznun Abdul Karim, 33.
Menurut Maznun, rumahnya sekarang didiami tiga keluarga terdiri daripada18 orang semuanya dan sejak lahir lagi dia sudah dibesarkan di situ.

“Sudah terlalu lama kami menetap di sini, tapi kenapa masih tidak dapat memberikan kami hak milik tanah ini?
"Kalau diberikan pampasan sekali pun, ia tidak setimpal dengan apa yang telah kami usahakan di tanah ini,” katanya.
Bagi Minah Saad, 76, dia berharap masalah itu dapat diselesaikan
sebelum pilihan raya umum akan datang bagi mengelakkan penduduk hilang
kepercayaan kepada kerajaan.
“Saya juga berharap mereka yang bertanggungjawab turun menjenguk
keadaan kami di sini yang hidup dalam keadaan serba kekurangan.
“Saya sudah tidak mampu bekerja dan hanya mengharapkan pendapatan tidak menentu anak saya yang cacat untuk membela nasib kami," katanya.
Seorang lagi penduduk, Siti Roniah Mat Ali, 64, berkata, dia pernah beberapa kali cuba membuat pinjaman bagi membeli rumah yang ditawarkan kepada mereka.
“Saya tinggal di sini bersama sembilan anak dan tujuh cucu. Saya pernah menghantar tiga nama anak saya untuk membuat pinjaman, termasuk nama saya, namun kesemuanya tidak lulus.
“Jika tidak diberikan hak milik tanah ini, di mana lagi kami hendak tinggal? Dapat sebuah tapak rumah pun jadilah,” katanya yang mengharapkan masalah itu selesai.

SINAR/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan