22 Februari 2013

Makcik Chan terharu petugas PR baiki rumah

11 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -




Sukarelawan Pakatan Rakyat bergotong-royong membaiki rumah Makcik Chan.

KUALA LUMPUR: Makcik Chan Ah Moi, 80, sebak apabila Pakatan Rakyat Kulaijaya mengotakan janji untuk menggantikan kayu dan bumbung rumahnya yang bocor di sana sini.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Mazlan Aliman, seminggu lalu beliau dan Yang Dipertua PAS Kawasan Kulai serta sukarelawan PAS melakukan ziarah Tahun Baru Cina di Kampung Baru Sedenak.

“Apabila mengunjungi Makcik Chan, dia mengadu keadaan rumahnya yang daif dan menyedihkan,” ujarnya yang juga AJK PAS Pusat.

Beliau berkata, Makcik Chan telah meminta tolong dengan MCA tetapi tiada tindakan.

“Alhamdulillah, kelmarin, 19 Feb lalu, gotong royong menggantikan kayu yang reput dan bumbung bocor dilakukan oleh hampir 20 orang sukarelawan dari PAS, PKR dan DAP.

“Dari jam 9.30 pagi gotongroyong dibuat, hampir 4 petang siap sepenuhnya.

Menurut Mazlan lagi, Makcik Chan sangat terharu dan asyik mengesat air mata kerana gembira yang amat sangat setelah bertahun-tahun air memasuki ke dalam rumahnya jika hujan tetapi tiada siapa yang simpati.

harakah/-

Tiada ulasan: