Jakarta: Sepasang suami isteri mengheret sebuah hospital ke mahkamah
kerana cuai dan tidak bersungguh-sungguh menyelamatkan anak mereka yang
baru dilahirkan, kelmarin.
Dalam kejadian itu, pasangan Ali Zuar dan Mayarni terkejut diberitahu, anak sulung mereka meninggal dunia jam 2.30 petang.
Mereka membawa mayat bayi terbabit ke rumah namun, kata Ali, apabila tiba di rumah, mereka terkejut apabila bayi itu masih bernafas. “Kami meminta bantuan jiran dan ada yang memberikan oksigen.
“Perlahan-lahan, badan anak kami yang membiru bertukar menjadi merah,” katanya. - Detik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan