Kuala Lumpur: Seorang suspek kes rogol menerima perintah tahanan
reman ke atasnya dalam keadaan koma dan terlantar di katil hospital
selepas dia parah akibat dibelasah keluarga mangsa.
Lelaki berusia 28 tahun itu disyaki merogol seorang remaja
perempuan berusia 17 tahun yang meminta perlindungan di rumahnya di
Bukit Puchong, di sini, kelmarin.
Difahamkan, lelaki terbabit (suspek) dikejarkan ke HKL jam 9 malam,
selepas dibelasah sekumpulan antara tiga hingga lima lelaki dipercayai
keluarga remaja perempuan yang dirogolnya itu ketika suspek berada di
Setapak.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli, berkata akibat kejadian itu suspek cedera parah di kepala, selain empat tulang rusuk kanannya patah dan kini dilaporkan koma di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini.

SUSPEK kes rogol terlantar di hospital.
“Suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK),” katanya ketika dihubungi, semalam.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan