11 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
KHARTOUM - Pemberontak di sempadan Sudan yang digelar Blue Nile
mengisytiharkan berjaya menawan lapangan terbang di wilayah luar bandar
berhampiran sempadan Ethiopia selepas beberapa pertempuran bulan ini.
Jurucakap pemberontak Pergerakan Pembebasan Rakyat Sudan Utara (SPLM-Utara) Yasir Arman berkata, mereka hanya beberapa kilometer dari El Kurmuk, bandar utama di tenggara Blue Nile.
“Sekarang kami sedang berusaha untuk menawan bandar Kurmuk selepas berjaya mengawal landasan kapal terbang di bandar itu,” katanya.
Sementara itu, jurucakap tentera Sudan, Al Sawarmi Khalid menafikan tentera telah kehilangan sebuah wilayah di negara itu.
“Tentera udara kami melancarkan setiap jam serangan ke atas Muffa, kira-kira 20 kilometer dari Kurmuk. Pemberontak belum lagi berjaya menawan lapangan terbang tersebut,” katanya.
Konflik di Blue Nile bermula September 2011, selepas beberapa bulan Sudan Selatan berada di bawah Perjanjian Keamanan 2005 untuk menamatkan perang saudara selepas dua juta penduduknya maut dalam pertempuran tersebut. - Reuters

Tiada ulasan:
Catat Ulasan