22 Februari 2013

S'gor anjur pertandingan video dan reka fesyen

11 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Ummah Centre akan menganjurkan pertandingan rekacipta video pendek serta pertandingan rekacipta fesyen dan pakaian wanita bertujuan untuk mencungkil bakat kreatif khususnya generasi muda masa kini.

Bagi pertandingan rekacipta video, terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu “Selangorku Wajah Malaysia” dan “Muslim Style”.

Jumlah hadiah keseluruhan yang ditawarkan untuk kategori video adalah sebanyak RM36,500 manakala RM 30,000 bagi reka fesyen pakaian wanita.

"Saya mengharapkan agar program ini menjadi ruang untuk anak muda dan belia mengetengahkan bakat kreatif masing- masing disamping mempromosi pentadbiran kerajaan negeri Selangor sebagai model sebuah
kerajaan yang baik di Malaysia," kata Exco Adat Istiadat Melayu, Belia dan Sukan Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi.

Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh didapati di laman web www.ummahcentre.com

harakahdaily/-

Tiada ulasan: