3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
ALOR SETAR - Ahli Parlimen Merbok, Datuk Rashid Din menyangkal dakwaan kononnya beliau bertindak menumbuk beberapa kali seorang Naib Ketua Wanita PKR pada Ahad lalu.
Menurutnya, walaupun berlaku sedikit salah faham semasa mesyuarat bersama pimpinan ahli jawatankuasa PKR untuk membincangkan program peringkat negeri pada Ahad depan di Sungai Petani namun tidak berlaku kejadian seperti itu.
Sebelum ini tersebar di beberapa laman blog yang mendakwa Rashid bertindak menumbuk Naib Ketua Wanita PKR Cabang Merbok, S Malika hingga terjatuh serta mengeluarkan kata-kata kurang sopan.
“Mesyuarat berkenaan pada mulanya berlangsung secara baik.
Namun berlaku sedikit salah faham apabila ada dalam kalangan ahli mesyuarat cuba menimbulkan beberapa isu termasuk melibatkan bakal calon.
“Dia (Malika) sebelum itu berada di penjuru meja datang dalam keadaan tegang menghala ke arah saya yang masih mempengerusikan mesyuarat.
Bagaimanapun untuk mengelakkan timbul sebarang kejadian tidak diingini saya segera beredar ke bilik berhampiran,” katanya.
Rashid berkata, mesyuarat berkenaan terpaksa ditangguhkan kerana bimbang keadaan menjadi lebih serius.
“Mesyuarat kemudiannya diadakan malam kelmarin, kami tetap menjemputnya tetapi dia tidak hadir.
Namun mesyuarat dapat berjalan baik seperti yang dirancang,” katanya.
Sinar harian/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan