15 Mac 2013

Siswa UiTM antara 3 maut nahas

3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Siswa UiTM antara 3 maut nahas
Alor Gajah: Seorang penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang baru menerima lesen pada sebelah pagi kelmarin adalah antara tiga yang terbunuh dalam kemalangan berasingan di sekitar daerah ini semalam dan kelmarin. 

Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, berkata pelajar UiTM cawangan Merbok, Kedah, Sharil Dzakirin Zulhabsha,(gambar) 20, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan selepas terbabit nahas di Jalan Solok Duku, Masjid Tanah, kira-kira jam 3 petang kelmarin. 

Motosikal diseret lori 

Penuntut jurusan Diploma Pentadbiran Awam itu yang menunggang motosikal dirempuh kereta yang dipandu pesara tentera berusia 40-an, yang dipercayai cuba memotong bas. 

Umar Ali berkata, kejadian kedua membabitkan seorang pengawal keselamatan yang maut selepas motosikal ditunggangnya diseret lori selepas bergesel di Jalan Kelemak, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Said pada jam 6 petang kelmarin. 

Mangsa, Mohd Firdaus Amirudin, 26, mati di tempat kejadian akibat parah di kepala. Mayatnya dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat. 

Katanya, dalam kejadian ketiga seorang lelaki warga tua meninggal selepas dipercayai mengalami serangan jantung ketika memandu di persimpangan lampu isyarat Kampung Bukit Beringin, Masjid Tanah, jam 8.15 pagi semalam. 
Ijang Latib, 84, yang memandu Honda Accord dari Kampung Lekok ke Pengkalan Balak tiba-tiba hilang kawalan sebelum berhenti di tengah jalan secara mendadak.

Berita Harian/-

Tiada ulasan: