19 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
YANGON: Angka kematian rusuhan agama di tengah Myanmar meningkat kepada 43 orang dengan lebih 1,300 rumah dan bangunan lain dimusnahkan, lapor media rasmi pada Ahad.
Akhbar New Light of Myanmar melaporkan, 68 orang ditahan berhubung rusuhan agama yang menyebabkan 11,376 orang kehilangan tempat tinggal.
"Sebanyak 163 kejadian keganasan dilaporkan berlaku di 15 buah bandar dan pekan,’" lapor akhbar itu.
Jumlah angka kematian rasmi sebelum ini adalah sebanyak 42 orang. - AFP
1 ulasan:
Apa tindakan kerajaan pada warga myanmar di malaysia. Yang ramai bekerja adalah orang myanmar yg membunuh org Islam, kita patut halau mereka dari malaysia.
Catat Ulasan