23 Mac 2013

Penyambung jambatan kedua Sultan Yahya Petra retak

11 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Penyambung jambatan kedua Sultan Yahya Petra retak

Md Anizam menunjukkan kawasan pembinaan projek yang berkaitan dengan keretakan.
KOTA BHARU - Kerajaan negeri mengesan terdapat keretakan pada penyambung pembinaan jambatan kedua  Sultan Yahya Petra yang dikhuatiri membahayakan nyawa orang ramai jika dibiarkan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar, Datuk Mejar (B), Md Azizam Abd Rahman berkata, keretakan tersebut disahkan berlaku di penyambung di kawasan jajaran jambatan baru menghala Jalan Wakaf Siku.
 
Menurutnya, keretakan maksimum itu dapat dilihat dengan mata kasar iaitu 1.2 milimeter dan ini melibatkan keselamatan semua pihak.
 
“Jadi kita berharap, pihak berkenaan mengambil langkah segera dan positif untuk menangani masalah ini.

 “Walaupun lapisan turapan itu siap di lima lokasi tetapi terpaksa dibuka semula dan sebagainya. Kita bimbang berlaku kes yang sama di Putrajaya dan Terengganu,” katanya kepada media.
 
Katanya, kerja-kerja pembaikan ini perlu dijalankan segera memandangkan orang ramai menggunakan laluan di bawahnya.
 
“Kalau boleh ada pihak ketiga dapat menilai kerja-kerja tersebut kerana selepas ini seandainya lah digunakan bulan Julai, kita bimbang kenderaan berat menggunakan jambatan akan menjadi satu masalah kepada semua," katanya.

Katanya, lebih baik ditambah dengan besi supaya lebih kukuh dan sebagainya bagi langkah keselamatan.
 
Jambatan kedua tersebut sepanjang 800 meter menelan belanja kira-kira RM177 juta dan diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan pada 2007 lalu.

Sinar harian/-

Tiada ulasan: