11 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
SELAYANG: Selepas menunggu lebih 20 tahun dan menerima janji demi janji akhirnya 111 penduduk asal Kampung Bendahara menerima geran tanah mereka semalam.
(Khalid menyampaikan geran tanah dengan diperhatikan Azmi, William Leong dan Amirudin)
Geran tanah itu disampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Dewan Sri Siantan, Selayang.
Sebahagian besar mereka sudah boleh dianggap sebagai warga emas selepas meneroka kampung itu berpuluh-puluh tahun lalu.
Sebelum ini, pada setiap lima tahun sekali mereka akan dijanjikan geran tanah mereka oleh parti yang memerintah Selangor sebelum ini.
Namun janji tinggal janji dan tidak pernah ditepati. Selepas lima tahun Selangor ditadbir Pakatan Rakyat, janji ditepati dan mereka mendapat satu keping kertas yang amat bernilai itu.
Penduduk kampung ini bukan orang pertama mendapat geran tanah dari kerajaan negeri Selangor. Sebelum ini penduduk Kampung Bukit Botak mendapat tanah dan rumah mereka.
(TERKEDU...Mungkin inilah yang dirasai warga emas ini ketika menerima ucapan tahniah dari Zaidi Talib, YDP PAS Selayang selepas menerima geran tanah miliknya)
Mereka mendapat semua itu selepas lebih 20 tahun penempatan baru mereka itu dijanjikan oleh kerajaan BN sebelum ini.
"Inilah sebenarnya bukti janji yang ditepati oleh Pakatan Rakyat," kata Yang Dipertua PAS Selayang, Zaidi Talib yang turut serta di majlis itu.
Jelas kelihatan warga emas ini menitiskan air mata kegembiran selepas berpuluh tahun menunggu pengesahan ke atas tanah yang mereka duduki itu.
Harakahdaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan