23 Mac 2013

7,500 peluang kerja di MCKIP

11 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


7,500 peluang kerja di MCKIP

Adnan bersalaman dengan pengusaha tempatan sempena sesi dialog diadakan semalam.
KUANTAN – Kerajaan negeri akan memastikan peluang pekerjaan melalui pengusaha dan pelabur tempatan dalam projek Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) dekat Gebeng, di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob berkata, MCKIP adalah antara agenda transformasi negara untuk meningkatkan pembangunan, selain membuka peluang keusahawanan baru bagi penduduk tempatan khususnya dalam bidang perusahaan kecil dan sederhana.

Menurutnya, MCKIP juga menjadi platform baru pelabur tempatan dan pelabur luar dalam usaha meningkatkan ekonomi dua hala dengan negara luar terutama China.

“Projek ini juga antara janji kerajaan yang akan ditunaikan bagi meningkatkan keselesaan dan peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang pelaburan khas untuk pengusaha tempatan.

“Peluang seumpama ini harus digunakan pengusaha kecil dan sederhana sebaik mungkin untuk meningkatkan perniagaan masing-masing,” katanya ketika berucap sempena Majlis Dialog Menteri Besar Bersama Komuniti Perniagaan Tempatan MCKIP, di sini, semalam.

Terletak di Mukim Sungai Karang dengan keluasan 0.5756 hektar, MCKIP turut memberi fokus kepada tujuh industri antaranya elektrik dan elektronik; teknologi hijau; teknologi maklumat; perkhidmatan; komponen automatif; karbon fiber serta pemprosesan getah dan minyak kelapa sawit.

Pelaburan akan memfokuskan empat sektor utama iaitu besi; aluminium; industri berasaskan kelapa sawit dan petrokimia bernilai RM10.5 bilion yang dapat mewujudkan 7,500 peluang pekerjaan.

Sinar harian/-

Tiada ulasan: