23 Mac 2013

Kereta wartawan dipecah masuk

11 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA TERENGGANU - Wartawan Sinar Harian yang bertugas di Hulu Terengganu, Noor Hayati Mamat, 31, kerugian hampir RM3,000 setelah keretanya dipecah masuk, pagi kelmarin.

Noor Hayati ketika ditemui berkata, kejadian itu hanya disedari tengah hari, ketika pulang ke Kuala Berang, Hulu Terengganu setelah membawa ibunya mendapatkan rawatan susulan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

“Saya sampai ke HSNZ kira-kira jam 8.45 pagi dan meletak kereta di kawasan parkir awam hospital. Ibu saya selesai mendapatkan rawatan kira-kira jam 11.45 pagi.

“Dalam perjalanan balik, saya singgah sebentar ke kedai untuk membeli nasi. Bagaimanapun, saya dapati wang tunai berjumlah RM1,600 dan komputer riba hilang,” katanya.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku di HSNZ kerana sebelum kejadian, duit dan komputer riba masih ada sebelum dia meninggalkan kereta.

Hasil pemeriksaan lanjut, Noor Hayati mendapati terdapat kesan umpil pada bahagian kunci kereta dan percaya, penjenayah mengumpil bahagian kunci untuk membuka kereta sebelum melarikan barangan berharga.

Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Berang, Hulu Terengganu pada jam 1.30 tengah hari.

Sinar harian/-

Tiada ulasan: