KOTA BHARU - Seorang wanita yang sarat mengandung lapan bulan dihukum
penjara lapan bulan oleh mahkamah majistret di sini, semalam selepas
mengaku bersalah terhadap lima tuduhan memiliki pelbagai jenis dadah
tahun lalu.
Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu selepas Norhasliza Muhamad, 30, mengaku bersalah bagi kesemua tuduhan iaitu dua daripadanya memiliki pil kuda, satu tuduhan memiliki heroin, satu tuduhan lagi memiliki Nimetazepam dan satu tuduhan lain memiliki ganja.

Norhasliza dari Kampung Guchil, Jalan Bayam itu didakwa melakukan
kesemua tuduhan terbabit pada 2 September tahun lalu jam 6.45 petang
bersama tiga lelaki lain yang tidak mempunyai hubungan dengannya di
sebuah rumah di Jalan Pondok Pasir Tumboh, Kampung Machang, Limbat di
sini.
Manakala, dua daripadanya iaitu Tuan Mohd Azharaf Tuan Jaafar, 27, dan
Mohammad Nuriman Hafiz Roslan, 25, mengaku tidak bersalah manakala
seorang lagi, Tuan Affendi Tuan Jaafar, 36 tidak hadir ke mahkamah.
Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa memiliki pil kuda seberat 0.17
gram (g), kedua didakwa memiliki dadah jenis heroin seberat 0.12 g,
ketiga pula secara bersama-sama didakwa miliki pil kuda seberat 0.19 g.
Seterusnya pertuduhan keempat pula didakwa memiliki dadah jenis kanabis
(ganja) seberat 2.18 g manakala untuk pertuduhan kelima mereka didakwa
memiliki Nimetazepam seberat 0.01 g.
Kesemua pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya
1952 (ADB) kecuali pertuduhan keempat didakwa mengikut Seksyen 6 ADB.
Seksyen 12(2) memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau dikenakan hukuman penjara selama tidak lebih lima tahun manakala Seksyen 6 memperuntukkan denda tidak lebih daripada RM20,000 atau dipenjara tidak lebih lima tahun jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, polis membuat serbuan di sebuah
rumah di Limbat dan menahan tiga lelaki bersama seorang wanita yang
berada di ruang tamu rumah. Hasil pemeriksaan polis menjumpai dadah
terbabit.
Ketika prosiding Norhasliza yang hadir tanpa peguam itu meminta mahkamah mengenakan hukuman yang ringan terhadapnya.
Ketika prosiding Norhasliza yang hadir tanpa peguam itu meminta mahkamah mengenakan hukuman yang ringan terhadapnya.
Kemudiannya Nik Habri menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan bagi
kesemua pertuduhan dan diarahkan berjalan serentak berkuat kuasa dari
tarikh tangkapan.
“Saya mempertimbangkan anak kamu yang dalam kandungan, saya jatuhkan
hukuman penjara lapan bulan sahaja kepada kamu. Saya harap kamu menyesal
dan tidak buat lagi, Kalau selepas ini buat lagi tidak ada gunanya,”
katanya.
Sinar harian/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan