6 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Tuduhan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya masa
depan, hak keistimewaan orang Melayu dan kesucian agama Islam akan
terancam sekiranya Pakatan Rakyat (PR) terus berkuasa di Selangor
baru-baru ini melampaui batas.
Kenyataan tersebut lebih bersifat liabiliti kepada slogan 1Malaysia yang cuba dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kenyataan itu menunjukkan beliau tertinggal jauh dari perkembangan politik tanah air. Dr Mahathir masih menyanyi lagu lama, lagu perkauman dan menakut-nakutkan orang Melayu.
Dr Mahathir mahu menyegarkan pertembungan kaum setelah bibit-bibit kebencian terhadap kaum dan penganut agama lain beliau tanam dalam kalangan rakyat di sepanjang 22 tahun pemerintahannya.
Kesucian agama Islam tidak mungkin terancam di bawah pentadbiran kerajaan PR yang akur, patuh dan menghormati apa sahaja keputusan Sultan Selangor berkenaan kesucian dan pembangunan agama Islam.
Di Selangor, Jais memperoleh peruntukan paling tinggi di dalam Belanjawan Negeri, melebihi RM130 juta setahun di mana lebih RM405 juta (pembinaan masjid dan sekolah agama) dan lebih RM46 juta (baik pulih masjid dan sekolah agama) sepanjang tempoh 2008-2012.
Kerajaan negeri menaikkan elaun guru-guru Sekolah Kafa dari RM400 ketika pemerintahan Dr Mahathir kepada RM1,300 hari ini. Pengiktirafan ini antara salah satu cara meningkatkan ilmu agama di kalangan anak-anak Melayu Islam sebagai pelaburan modal insan.
Sebaliknya pada zaman pemerintahan Dr Mahathir, Sekolah-sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Tahfiz sering kali diugut dengan pembubaran. Rakyat di negeri ini masih belum lupa penghinaan tersebut jika mahu disebut satu persatu perlakuan Dr Mahathir terhadap agama Islam serta penghinaan terhadap umat Islam.
Kita sendiri yang akan terasa malu dengan masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam kerana ada di antara kita bersikap jelik begitu. Tiba-tiba hari ini Dr Mahathir cuba menjadi jaguh agama.
Tidak dinafikan Dr Mahathir meneruskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang matlamat asalnya membantu orang Melayu tetapi dasar itu ternyata gagal dalam pelaksanaannya kerana agihan kekayaan tidak adil dan tidak telus.
Amalan kronisme; memperkaya suku sakat sangat berleluasa dan ‘dihalalkan’ atas dasar menjaga kepentingan Melayu. Sasaran 30 peratus ekuiti orang Melayu tidak tercapai kerana salah guna kuasa dan kecurangan yang diamalkan.
Hanya segelintir Melayu yang mempunyai hubungan dengan pemimpin Umno menikmati keistimewaan tersebut manakala masyarakat Melayu teramai ketinggalan dan kekal di takuk lama.
Melalui semakan rambang, kita dapati ratusan ekar tanah dimiliki Umno Selangor atas dasar Melayu dan Bumiputera. Apabila didedah di Dewan Negeri Selangor baru-baru ini, mereka dengan angkuh mengatakan apa salahnya mereka mengambil tanah ini kerana kononnya merekalah yang membangunkan negeri ini!!
Ratusan ekar tanah mereka peroleh hanya dengan membayar premium paling minimum RM100 setiap ekar. Kebanyakan tanah tersebut kini dimajukan dan dijual dengan harga ratusan juta kepada syarikat swasta yang bukan milikan Bumiputera.
Saya tidak bermaksud mempersoalkan pemilikan tanah oleh bukan Bumiputera tetapi sikap hipokrasi Umno begitu menjengkelkan. Peliknya, ketika menjual hartanah tersebut kepada syarikat swasta dengan keuntungan berlipat ganda, tidak pula mereka bertempek ‘Hidup Melayu”!!
Mengapa Dr Mahathir tidak menghalang pimpinan Umno dari menggadai tanah-tanah orang Melayu ini kepada orang bukan Melayu? Mana perginya kedaulatan, maruah dan harga diri orang Melayu yang dilaung-laungkan?
Kita mendapati ketika pemerintahan Umno di Selangor, ribuan ekar Tanah Rezab Melayu di bandar ditarik keluar dan dijadikan milikan bebas. Diganti dengan tanah di hujung kampung seperti di Panchang Bedena, Sabak Bernam serta di Hulu Selangor.
Maka terletaklah Tanah Rizab Melayu jauh dari kota kerana pada Umno, orang Melayu layaknya hidup terperosok di kampung-kampung. Kerana itu jugalah, apabila PR berusaha meningkat taraf hidup orang Melayu dengan memberi peluang memiliki aset bertaraf dunia seperti pembangunan Datum Jelatek, hiruk pikuk Umno membantah pembangunan tersebut dan mahu Melayu kekal berniaga di warung dengan bermentaliti pemilik gerai.
Dr Mahathir juga bertanggungjawab memperkenalkan konsep penswastaan di negara ini. Seperti DEB, penswastaan juga bermatlamat murni namun pelaksanaan tempang dan curang menjadi beban kepada rakyat tetapi syurga kepada kroni dan pimpinan Umno. Tidak terdengar satu ayatpun dari Dr Mahathir ketika rakyat Selangor berjuang berhabisan mempertahankan hak air mereka. Dr Mahathir berpura-pura seolah-olah hidup di dunia berbeza.
Tahu atau tidak Dr Mahathir bahawa PR mempunyai kekuatan politik untuk mengutip hutang-hutang tersebut? Sedarkah Dr Mahathir PR memulangkan jumlah RM390 juta tersebut kepada rakyat miskin di negeri ini yang sebahagian besar adalah orang Melayu?
Tidak terbayang di minda kita bagaimana beliau boleh menuduh PR akan menghancurkan orang Melayu kecuali kita menerima hakikat bahawa faktor usia melemahkan daya pemikiran beliau.
Seawalnya saya cuba untuk tidak mengingati kerosakan yang dilakukan Dr Mahathir pada kebanyakan institusi penting negara selama 22 tahun pemerintahannya.
Tetapi memandangkan beliau ghairah beraksi selaku ‘de facto’ Perdana Menteri mungkin kerana Perdana Menteri hari ini begitu lemah dan gagal maka rakyat terutama orang Melayu yang ‘mudah lupa’ perlu diingatkan bahawa insan bernama Mahathir yang memporakperandakan kesatuan orang Melayu khusus ketika peristiwa hitam Badan Kehakiman 1988 dan insiden Mata Lebam 1998.
Faekah Husin
Setiausaha Politik kepada
Menteri Besar Selangor

Sinar harian/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan