18 Mac 2013

Anwar umum Kit Siang tanding Gelang Patah

5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -





Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemimpin parlimen DAP Lim Kit Siang sebagai calon Pakatan Rakyat untuk kerusi parlimen Gelang Patah.

Beliau membuat pengumuman itu dalam majlis sambutan ulangtahun ke-47 DAP di Skudai menjelang jam 9.30 malam ini.

Pemimpin MCA Tan Ah Eng memenangi kerusi itu dalam pilihan raya umum 2008.

NONE
Ia merupakan salah satu daripada beberapa kerusi parlimen di Johor dengan lebih 50 peratus pengundi Cina.

Anwar (kanan) dalam ucapannya di majlis itu yang dihadiri kira-kira 20,000 orang mengakui bahawa Gelang Patah merupakan kerusi PKR, namun perkara itu boleh dirunding, katanya.


"Saya masih berpendapat bahawa ia masih kerusi PKR. Tapi jika Kit Siang datang dan bantu kita, pimpin kita dan menjadi calon Gelang Patah, saya beri sokongan penuh," katanya.

Beliau kemudiannya menjemput Lim serta pemimpin DAP lain untuk tampil ke atas pentas sebelum mengumumkan sokongannya kepada pemimpin veteran tersebut untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Kerusi berkenaan ditandingi PKR dalam dua pilihan raya umum terakhir.

Perebutan kerusi tersebut sebelum ini mencetus pergeseran di antara ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau dan ketua PKR negeri Datuk Seri Chua Jui Meng.

Malaysiakini/-

Tiada ulasan: