18 Mac 2013

Angka kematian letupan bunga api di Mexico meningkat 17 orang

6 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

MEXICO CITY: Angka kematian dalam letupan bunga api semasa perarakan agama di Mexico meningkat kepada 17 orang, selepas empat mangsa meninggal dunia akibat kecederaan serius.

Beratus penduduk berkabung semalam dalam upacara pengebumian besar-besaran untuk 13 mangsa pertama letupan itu, yang berlaku pada Jumaat lalu di sebuah kampung kira-kira 112 kilometer timur Mexico City. - AP 

Tiada ulasan: