13 Rejab 1434 H. [MOD] -
MOORE (Oklahoma): Puting beliung yang melanda pinggir Oklahoma City kelmarin memusnah dan merosakkan sehingga 13,000 kediaman dengan nilai kerugian yang dianggarkan mencecah AS$2 bilion.
Sementara itu, dua bayi adalah antara 24 mangsa yang terbunuh akibat puting beliung kuat itu.
Jurucakap Jabatan Insurans Oklahoma, Calley Herth berkata kerosakan awal yang dianggarkan itu berdasarkan penilaian berbentuk pemerhatian di zon bencana yang bersaiz 27 kilometer.
Bagaimanapun kos kerugian itu dijangka melebihi angka AS$2 bilion ketika puting beliung sama melanda pada 2011 yang mengorbankan 158 nyawa di Joplin, Missouri.
Buat kali pertama semalam, pihak berkuasa mengeluarkan angka kemusnahan harta benda di kawasan bencana di bandar Moore yang dihuni kira-kira 56,000 penduduk itu.
Dianggarkan antara 12,000 dan 13,000 rumah musnag atau rosak dan 33,000 penduduk terjejas oleh ribut kuat berkenaan, kata Datuk Bandar Oklahoma City, Mick Cornett. - AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan