23 Mei 2013

'Sekarang pun rakyat rasa dah duduk dalam hutan'

13 Rejab  1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,23 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Datuk Seri Noh Omar tidak perlu untuk menyuruh rakyat yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya negara ini "duduk di dalam hutan" kerana sememangnya Malaysia sudah pun seperti berada dalam hutan.


Menurutnya, negara ini sebenarnya sedang ditadbir menggunakan undang-undang rimba, sehingga membenarkan segala penipuan pilihan raya berlaku secara berleluasa.


"Rakyat bukan nak masuk hutan sebab mereka rasa memang duduk dalam hutan dah apabila negara ditadbir guna undang-undang rimba," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Noh yang juga timbalan pengerusi perhubungan BN Selangor semalam yang berkata, individu yang tidak suka dengan sistem pilihan raya negara ini sewajarnya "duduk di dalam hutan".

Noh turut menyifatkan mereka yang mengadakan himpunan membantah penipuan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sebagai melampaui batas dan tidak hormat kepada perlembagaan.

Ekoran itu beliau menyarankan mereka agar duduk dalam hutan.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, himpunan Black505 yang diadakan di seluruh negara itu sebenarnya adalah mahu membebaskan negara dari cengkaman undang-undang rimba yang diamalkan Umno BN.

Rakyat katanya tidak boleh menerima segala penipuan yang berlaku dalam pilihan raya lalu dan mahukan sistem itu diperbetulkan.

Ujarnya, seharusnya pemimpin kerajaan menerima kritikan yang diutarakan rakyat untuk kebaikan negara dan bukan menyekat dan menghukum mereka menggunakan undang-undang rimba itu.

"Bila duduk dalam rimba, yang berkuasanya adalah harimau-harimau yang ganas, yang boleh bertindak sesuka hati.

"Maka himpunan ini nak bebaskan negara dari cengkaman harimau-harimau yang ganas ini," katanya lagi.

2 ulasan:

Oyon berkata...

Izin berkunjung dan menyimak artikelnya mas ??

Tanpa Nama berkata...

Memang macam duduk dalam hutan bila negara diperintah oleh MONYET-MONYET YANG DIBERI PAKAIAN PEGAWAI (MENTERI).