(14 Rejab 1434 / 24 Mei 2013)
الْحَمْدُ لِلَّهِ
الْقَائِلِ،
إِذْ أَوَى ٱلْفِتْيَةُ إِلَى
ٱلْكَهْفِ فَقَالُوا۟ رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةًۭ وَهَيِّئْ لَنَا
مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًۭا ﴿١٠﴾
"(Ingatkanlah
peristiwa) ketika sekumpulan belia pergi berlindung ke sebuah gua, lalu mereka
berdoa: "Wahai Tuhan kami!, kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan
berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan
agama kami".(Al-Kahfi 10)
أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ
وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ
تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ
حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Wahai hamba-hamba Allah
sekelian,
Saya
menyeru diri saya dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita
sama-sama bersyukur dan meningkatkan
ketaqwaan kepada Allah s.w.t. dengan
melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala yang dilarangan, mudah-mudahan kita menjadi insan yang beriman, bertaqwa
serta selamat di dunia dan di akhirat.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Belia adalah aset atau harta yang amat berharga kepada
negara. Mereka merupakan tonggak kekuatan negara serta pewaris kepada
kepimpinan negara. Kementerian Belia Dan Sukan telah menetapkan bahawa belia
adalah merujuk kepada mereka yang berumur di antara 15 hingga 30 tahun.
Dianggarkan jumlah belia melebihi 12
juta orang atau mewakili 41.5% daripada keseluruhan penduduk negara ini yang
berjumlah 28 juta orang.
Berdasarkan peratusan yang besar ini, maka pembentukan
generasi belia yang berkualiti tinggi amat penting untuk diusahakan.
Belia-belia Islam semestinya dididik menjadi Generasi Belia Ulul-Albab iaitu
belia yang bertaqwa, memiliki akal fikiran sempurna, berilmu, kreatif, bebas dari pengaruh maksiat serta menjadi
pemangkin agar orang lain juga berubah ke arah yang sedemikian.
Sidang Jumaat yang dikasihi sekelian,
Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul ketika Baginda
berumur 40 tahun. Para sahabat ketika
itu ramai yang masih muda belia sebagaimana Ja’far bin Abi Thalib yang berusia
18 tahun, Qudaamah bin Abi Maz’un 19 tahun, Said bin Zaid dan Shuhaib ar
Rumi 20 tahun, ‘Aamir bin Fuhairah 23
tahun, Mush’ab bin ‘Umair dan al Miqdad bin al Aswad 24 tahun, Abdullah bin al Jahsy 25 tahun
serta Umar bin al Khathab 26 tahun. Malah Usamah bin Zaid ketika dilantik
oleh Nabi SAW sebagai panglima untuk memimpin pasukan kaum muslimin memasuki
wilayah Syam dalam usia 18 tahun. Maka
apakah alasan untuk para belia pada hari ini untuk tidak menjadi hebat
sebagaimana para sahabat di zaman Rasulullah. Sabda baginda saw :
اغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : حَيَاتَكَ قَبْلَ
مَوْتِكَ ، وَفَرَاغَك قَبْلَ شَغْلِكَ، وَغِنَاك قَبْلَ فَقْرِكَ، وَشَبَابَك
قَبْلَ هَرَمِكَ، وَصِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِك.
“Rebutlah lima perkara sebelum
datangnya lima perkara, masa hidupmu sebelum datangnya masa matimu, masa
lapangmu sebelum datangnya masa sibukmu, masa kayamu sebelum datangnya masa
miskinmu, masa mudamu sebelum datangnya masa tuam dan, masa sihatmu sebelum
datangnya masa sakitmu” (Hadis riwayat al-Hakim dan Ibn Abi Syaibah)
Hadirin yang dihormati Allah,
Kehebatan generasi belia Ulul Albab ini telah terbukti
melalui sejarah yang merakamkan mengenai kegigihan tentera Islam semenjak
Kerajaan Bani Umaiyah, Kerajaan Bani ‘Abasiah, dan kepimpinan awal
Kerajaan Othmaniah Turki yang berusaha menawan Kota Konstantinople
(Istanbul), tetapi gagal. Namun tatkala muncul seorang anak muda belia iaitu Sultan
Mohammad Al-Fatih, dalam usianya yang ke 21 tahun telah berjaya
menawan semula Kota Konstantinople daripada Rome.
Antara kata-kata keramat Baginda ketika melancarkan
percubaan terakhir pada hari yang ke 53 kepungan untuk menawan Kota
Konstantinople ialah:
"Wahai tenteraku, Aku
bersedia untuk mati di jalan Allah, sesiapa yang mahu syahid, maka ikutlah
Aku".
Diriwayatkan bahawa Baginda tidak pernah meninggalkan
solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh lagi.
Sidang Jumaat yang dirahmati
Allah,
Apakah generasi belia hari ini sedang dibawa ke arah yang
sama. Tidakkah kita hari ini memberikan kebebasan yang keterlaluan kepada
mereka. Terlalu banyak ruang maksiat dan kemungkaran yang didedahkan kepada
mereka. Seluruh kehidupan mereka dipasakkan dengan aktiviti hiburan melebihi
penekanan kita terhadap ilmu pengetahuan dan kemahiran. Apakah belia hari ini
benar-benar telah digarap agar bersedia menjadi pejuang dan pembela kepada
agama Allah suatu hari nanti. Apakah belia hari ini akan mampu menerima seruan
jihad sebagaimana ghairahnya mereka memenuhi jemputan menyaksikan
konsert-konsert artis tempatan yang dianjurkan dari masa ke semasa. Kuatkah
keimanan mereka memilih kehidupan beragama dan mempertahankan aqidah mereka
sebagaimana Pemuda Kahfi yang digambarkan oleh Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 13 dan 14:
نَّحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ
نَبَأَهُم بِٱلْحَقِّ ۚ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ ءَامَنُوا۟ بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَـٰهُمْ
هُدًۭى ﴿١٣﴾ وَرَبَطْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا۟ فَقَالُوا۟ رَبُّنَا
رَبُّ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ لَن نَّدْعُوَا۟ مِن دُونِهِۦٓ إِلَـٰهًۭا ۖ
لَّقَدْ قُلْنَآ إِذًۭا شَطَطًا ﴿١٤﴾
"Kami
ceritakan kepadamu hal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu pemuda yang
beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk
dan Kami kuatkan hati mereka semasa mereka bangun lalu berkata: "Tuhan
kami ialah Tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; Kami tidak
akan menyembah Tuhan yang lain selain-Nya; jika tidak, maka tidak bermakna kami
memperkatakan sesuatu yang jauh dari kebenaran".
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam selain menjadi
pemimpin Negara, turut memainkan peranan sebagai pendakwah yang membimbing
belia agar sentiasa ta'at beribadah kepada Allah. Mereka ditarbiyah dengan
akhlak yang mulia, memelihara kesempurnaan akal fikiran, menjaga kesihatan tubuh
badan dan menjadi hamba kepada tuhan. Mereka akhirnya memiliki jati diri,
bersifat amanah dan bertangggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.
Muslimin yang berbahagia,
Sesungguhnya Islam mahukan setiap umatnya menjadi
sebaik-baik manusia dengan menyebarkan kebaikan kepada manusia lain. Islam
tidak menerima manusia yang hanya mementingkan diri sendiri, dengan mengatakan
; jangan sesiapa mengganggu aku, selama aku tidak mengganggu orang lain. Setiap
umat Islam mempunyai tanggungjawab membawa kebaikan kepada manusia. Rasulullah
s.a.w menyatakan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah:
خَيْرُ
الناَّسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناَّسِ
"Sebaik-baik manusia
ialah orang-orang yang lebih bermanfaat kepada orang lain" . (Hadith Hasan
dalam al-Jami’ al-Shaghir)
Muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah kita memastikan kehidupan kita di dunia ini
mendapat perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala, selaras dengan hadith
Rasulullah SAW yang diriwayatkan oIeh Abu Hurairah yang bermaksud:
"Bahawa terdapat tujuh golongan manusia yang
dilindungi oIeh Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali perlindungan
Allah iaitu :
Imam (Pemimpin) yang adil, Pemuda yang hidup
sentiasa beribadah kepada Allah Taala, orang
yang mengingati Allah ketika
bersendirian lalu menitis air matanya, Orang yang hatinya bergantung
kepada masjid (selalu teringat kepada masjid). Orang bersedekah dan
menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dibuat oIeh
tangan kanannya. Orang yang saling berkasih sayang kerana Allah
semata-mata. Lelaki yang digoda oIeh perempuan yang cantik tetapi mengatakan
aku takut kepada Allah Taala.
(Maksud Hadith
Riwayat Al-Bukhari)
بَارَكَ
اللهُ لِىْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْءَانِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ
بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ
وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِى
هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ
الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ،
فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَـا نَجَاةَ
التَّائِبِيْنَ.
خطبة كدوا
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ :
إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ ءَامَنُوا۟
بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَـٰهُمْ هُدًۭى
yang bermaksud: “Sesungguhnya mereka ialah
pemuda beriman kepada Tuhan mereka (Allah) dan Kami tambah kepada mereka
petunjuk.” (Surah al-Kahfi ayat 13).
اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ
لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ .
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ
بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ .
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Terdapat beberapa fakta penting yang boleh sama-sama
kita hayati pada khutbah yang pertama tadi iaitu:
Belia-belia Islam semestinya dididik menjadi Generasi
Belia Ulul-Albab yang bertaqwa, memiliki akal fikiran sempurna, berilmu,
kreatif, bebas dari pengaruh maksiat
serta menjadi pemangkin agar orang lain juga berubah ke arah yang sedemikian.
Kehebatan generasi belia Ulul Albab ini telah terbukti
melalui sejarah yang merakamkan mengenai kegigihan tentera Islam semenjak
Kerajaan Bani Umaiyah
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam selain menjadi
pemimpin Negara, turut memainkan peranan sebagai pendakwah yang membimbing belia agar sentiasa ta'at
beribadah kepada Allah. Setiap umat Islam mempunyai tanggungjawab membawa
kebaikan kepada manusia.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ
وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ
قُلُوْبِهِمْ،
وَاجْعَلْ فِى
قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ
اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم .
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ
الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ
الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ
أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ. اَللَّهُمَّ
عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ
أَوْلِيَائَكَ،
اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ،
وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ .
اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ
السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ
وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ
الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف
عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا
تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ. رَبَّنَا
ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ،
وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ،
وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم
تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ
يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ،
وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .
*AMARAN!!! Pihak JAIPk tidak bertanggungjawab ke atas sebarang penambahan
ayat selain dari kandungan khutbah yang dikeluarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan