22 Jun 2013

PM Palestin tarik balik peletakan jawatan

13 Syaaban 1434H.

RAMALLAH: Perdana Menteri Palestin, Rami Hamdallah hari ini menarik balik keputusan peletakan jawatannya sehari selepas menyerahkannya kepada Presiden Mahmud Abbas.

“Hamdallah menemui Abbas selama dua jam di ibu pejabat presiden di Ramallah dan memaklumkan beliau memutuskan untuk menarik balik peletakan jawatannya," kata seorang pegawai tinggi kerajaan.

Pegawai Palestin dan media negara itu sebelum ini melaporkan bahawa pergeseran kuasa menjadi punca Hamdallah menawar diri untuk berundur selepas keputusan Abbas untuk melantik dua Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan yang dibentuk 6 Jun lalu.

“Hamdallah menuntut kuasa sebagai Perdana Menteri mesti jelas termasuk timbalannya seperti termaktub dalam undang-undang dan dengan itu kuasa yang diperuntukkan kepadanya tidak bercanggah," kata pegawai berkenaan. - AFP

Tiada ulasan: