22 Jun 2013

Suasana di Padang Merbok mulai meriah

13 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily/-




KUALA LUMPUR: Suasana di Padang Merbok di sini mulai meriah pagi ini menjelang himpunan aman Black 505 jam 2.00 petang nanti
Tinjauan Harakahdaily sekitar jam 10.00 pagi ini mendapati kenderaan bergerak lancar di kedua-dua jalan bersebelahan tempat himpunan itu.

Anggota polis trafik sibuk meletakkan kon di sepanjang jalan berkenaan bagi menghalang kenderaan diletakkan di situ dalam usaha untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga kelihatan ramai di kawasan berkenaan.

Orang ramai yang sebahagian besar memakai baju-T hitam termasuk yang berlogokan parti-parti dalam Pakatan Rakyat juga sudah berada di sekitar Padang Merbok.

Seperti suasana yang lazim dilihat di kawasan himpunan aman diadakan, para peniaga tidak melepaskan peluang untuk mencari rezeki dengan menjual makanan, minuman, baju T dan lain-lain.

Para peserta himpunan Black 505 juga sudah ramai berhimpun di hadapan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Tiada ulasan: