22 Jun 2013

Perhimpunan Black 505 ke Kuala Lumpur, kehadiran anggota polis kecil

13 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Perhimpunan Black 505 anjuran Pakatan Rakyat (PR) bagi membantah dakwaan penipuan Pilihan Raya 2013 akhirnya sampai ke Kuala Lumpur dengan orang ramai mula membanjiri lokasi-lokasi ditetapkan oleh penganjur sebelum berarak ke Padang Merbok.

Terdapat tujuh lokasi ditetapkan seperti Brickfields, Sogo, Ibu Pejabat PAS, Masjid Negara, Pekeliling, Jalan Sultan dan Universiti Malaya.
Kehadiran Polis dilaporkan masih kecil di semua lokasi.

Dataran Merdeka ditutup untuk penggunaan orang ramai.

Di hadapan Ibu Pejabat PAS, kelihatan orang ramai berkumpul disamping peniaga-peniaga membuka gerai menjual t-shit menyokong perhimpunan Black 505.

Sementara di Masjid Negara  turut kelihatan peniaga-peniaga menjual air dan t-shirt. Orang ramai yang hadir kebanyakkannya berbaju hitam.

Di Sogo sekumpulan besar orang ramai berbaju hitam mula membanjiri kawasan.

Walaupun perhimpunan Black 505 bertujuan untuk membantah keputusan Pilihan Raya 2013, kelihatan orang ramai yang hadir turut memakai t-shirt seperti menuntut harga kereta diturunkan dan hentikan perkauman memberi isyarat perhimpunan turut membawa mesej kemarahan secara kolektif.

Setakat ini, Padang Merbok masih lagi dibuka untuk kegunaan orang ramai.

Keadaan jerebu setakat pagi ini masih lagi tidak berada dalam keadaan tidak merbahaya dan orang ramai masih belum lagi dilihat memakai topeng jerebu. 

Malaysiainsider/-

Tiada ulasan: