22 Jun 2013

Laporan terkini Himpunan 'Black 505'.

13 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Himpunan Black 505 berjalan dalam keadaan aman seperti lintas langsung oleh Malaysiakini .



2pm: Brickfields - Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengetuai 500 orang berarak ke Padang Merbok.
Dalam ucapannya sebelum itu, Nurul menangkis kenyataan polis bahawa peserta perhimpunan akan melakukan provokaasi ke atas pasukan keselamatan.
"Kenyataan itu tidak berasas," katanya.
MP Lembah Pantai itu juga meminta para peserta agar menjaga keselamatan anak-anak, terutama dalam keadaan cuaca berjerubu.
1.55pm: Masjid Negara - Sekumpulan 5,000 orang yang berhimpun di Masjid Negara mula berarak ke Dataran Merdeka selepas menunaikan fardu Zohor.
Kumpuian berkenaan dikawal oleh unit amal PAS, dan diketuai timbalan presiden PKR Azmin Ali.

1.20 pm: Dataran Merdeka
 - Seramai kira-kira 150 orang yang rata-rata berpakaian baju-T hitam sedang duduk-duduk berhampiran Dataran DBKL bersebelahan Dataran Merdeka.

Kumpulan ini menunggu untuk menyertai perarakan kumpulan lain dan seterusnya menuju ke Padang Merbok.
Selain itu, terdapat juga beberapa individu yang mengambil peluang untuk menjual kain selempang dan ikat kepala dengan yang mempromosi perhimpunan 'Blackout 505'.

1.12pm: Jalan Raja Laut -
Salahuddin Ayub yang hadir bersama kira-kira 500 orang penyokong berkata PAS kesal dengan kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Saleh yang mendakwa peserta akan melakukan kekecohan dalam perhimpunan ini.

NONE"Kita kesal dengan kenyataan ketua polis Kuala Lumpur yang dengan sengaja mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, provokasi, bahawa peserta mahu pertempuran.

"Kita yakin, kita adakan secara aman, kita ada rekod cemerlang dalam Bersih dan siri Blackout, terbukti aman, dijalankan dengan penuh tanggungjawab dan tak cetus provokasi... Itu komiten kita, kita tak bawa senjata," katanya.

Turut hadir di perkarangan bangunan ibu pejabat PAS itu ialah ahli parlimen Kuala Terengganu Raja Bahrin.

1:10pm: Jalan Sultan – 
Jumlah peserta kini bertambah kepada seramai kira-kira 1,500 orang, yang dipimpin pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin.

NONEBadrul Hisham dalam ucapannya dari atas sebuah lori di kawasan berkenaan memimpin peserta untuk melaungkan slogan "SPR Penipu", "Jahanam SPR" dan "Bangkit rakyat".

Turut hadir di perhimpunan itu ialah seorang peserta Orang Kurang Upaya (OKU)  yang menggunakan kerusi roda, Fennix Lim, 25.

Katanya, beliau datang dari Kluang Johor dengan menaiki van bersama rakannya, semata-mata untuk menyertai perhimpunan ;Black 505'.

Menurutnya, beliau ingin menuunjukkan kepada kerajaan bahawa rakyat mempunyai kuasa untuk menolakkan keputusan pilihan raya umum yang lalu.

"Sebagai rakyat Malaysia saya nak tunjuk pasa kerajaan dan SPR yang kita semua menolak SPR. Saya datang demi demokrasi," katanya.

1.10pm: Masjid Negara - 
Naib presiden PKR Azmin Ali dan pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman disambut oleh para peserta sebaik tiba di kawasan masjid.
Kumpulan penyokong ini akan menunaikan fardu Zohor sebelum memulakan perarakan ke Padang Merbok.
NONE1pm: Universiti Malaya -Seramai kira-kira 100 orang berhimpun di kawasan Masjid Ar-Rahman, di kampus ini.
Kebanyakan daripada peserta tersebut terdiri dari golongan muda dan aktivis siswa, yang akan berarak ke arah Brickfields dan bergabung dengan satu lagi kumpulan di situ.
Beberapa orang pemimpin parti turut menyampaikan ucapan, termasuk MP Bukit Katil Shamsul iskandar Md Akin dan aktivis siswa Adam Adli.

12.30pm: Brickfields
 - Kumpulan pendesak Justice for Beng Hock muncul di satu kawasan berhimpun – Brickfields – untuk membangkitkan mengenai kes kematian K Murugan, yang merupakan pembantu politik kepada calon parlimen Tapah, K Vasantha Kumar.

Jurucakap kumpulan tersebut, Ng Yap Hwa berkata beliau dan Vasantha akan menyerahkan satu memorandum kepada ahli Parlimen pada 27 Jun bagi menggesa agar siasatan dijalankan ke atas kes berkenaan.

Kumpulan yang berhimpun di kawasan berkenaan, sementara menunggu untuk memulakan perarakan ke Padang Merbok, memenuhi kawasan gerai berdekatan.

12.28pm: Jalan Raja Laut - 
Ketika ditemui pemberita di luar ibu pejabat PAS, ahli parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad berkata perhimpunan kali ini sebagai menunjukkan rasa tidak puas hati interaktif SPR dengan perjalanan PRU- 13.

NONE"Mereka sering mendakwa kalau tak telus, bagaimana boleh menang tiga negeri menang.

"Kita kata, sebab tak telus, kita menang tiga negeri. Kalau telus, 13 negeri kita menang," katanya.

Katanya, beliau melihat kehadiran anak-anak muda daripada pelbagai kaum, datang sukarela dan mereka mahu tadbir urus SPR berjalan dengan baik.

Mengulas andaian bahawa peserta akan melakukan kekecohan sewaktu perhimpunan ini, Idris berkata ia hanya andaian sahaja.

Sedangkan sebelum ini banyak perhimpunan dianjurkan oleh pembangkang dan NGO seperti Bersih, Himpunan Kebangkitan Rakyat, mansuhkan Felda Global Venture berjalan dengan aman.

"Semuanya aman elok. Tak ada provokasi. Kalau Bersih 1, sebiji pasu bunga tak pecah," katanya sambil menegaskan bahawa perhimpunan ini akan berjalan aman

"Insya-Allah. Kita disiplin. Kita ada trek rekod. Kita cakap berdasarkan," katanya.

Kira-kira 250 peserta telah mula berada di ibu pejabat PAS, ketika ini.

12.24am: Jalan Sultan - Memandangkan cuaca jerebu, terdapat peserta yang kelihatan memakai topeng muka. Penjual topeng muka juga mengambil kesempatan menjual di tepi Jalan Sultan kepada peserta perhimpunan.

1205am: Masjid Negara - Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin, anggota Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian dan pemerhati Majlis Peguam yang juga anggota jawatankuasa BERSIH Andrew Khoo kelihatan tiba.
NONE12:00pm: Jalan Sultan -Seramai kira-kira 200 orang peserta mula membanjiri satu kawasan kaki lima di Jalan Sultan.
Kegiatan kumpulan berkenaan, yang turut mengumpul tandatangan untuk satu petisyen bagi membantah satu projek pembinaan di kawasan terbabit, diawasi beberapa orang anggota polis berpakaian seragam.
Turut kelihatan tiga anggota polis trafik bagi membantu melancarkan aliran lalu lintas di jalan itu.

NONE12pm: Brickfields -Ratusan sudah berkumpul di Tun Sambathan. Suasana juga mula bingit dengan sorakan dan bunyi vuvuzela.

Mereka juga memaparkan kain rentang memuatkan tiga tuntutan, antaranya supaya pengerusi SPR dan timbalannya berundur dengan segera.

Secara kreatif, seorang peserta hadir dengan pakaian dan solekan ala-hantu, sebagai langkah sinis terhadap dakwaan wujudnya pengundi hantu dalam pilihan raya umum lalu.

Penampilannya itu menarik perhatian pelbagai pihak. 'Hantu' itu juga membawa kota bertulis SPR.

11.45am: Sogo - Sebuah kedai roti dekat pintu masuk di kompleks membeli belah itu mungkin ditutup separuh hari. Pelanggannya sudah mencecah 200 orang.

Pekerjanya memberitahu, mereka masih menunggu "arahan" untuk itu. Mereka juga mengambil gambar pelanggannya bagi membantu atasan mereka membuat keputusan.

Bagaimanapun, perniagaan mereka nampak menguntungkan hari ini apabila ia menjadi tempat peserta perhimpunan dan wartawan bersarapan.

11.35am: Masjid Negara - Anggota PKR Tan Teck Huang, 47, antara yang berkumpul di Masjid Negara. Beliau bertolak dari Muar, Johor bersama saudaranya dan tiga lagi untuk ke perhimpunan hari ini.

Katanya, ekoran cuaca di Muar teruk dicemari jerebu,menyertai perhimpunan di Kuala Lumpur hari ini amat dinikmati.

"Pada mulanya saya jangkakan tidak ramai orang akan hadir kerana ia dibuat selepas pilihan raya. Saya terkejut dengan jumlah orang ramai yang berkumpul di sini," kata pekerja separuh masa dalam sektor pendidikan itu.

11.30am: Padang Merbok – Keadaan di kawasan utama perhimpunan masih tenang dan para peniaga dilihat mula membuka gerai di kawasan letak kereta berhampiran padang tersebut, dan juga di sepanjang Jalan Parlimen.

Dianggarkan, seramai 200 orang peserta berada di kawasan tepi padang yang diteduhi pokok sementara menunggu acara kemuncak – dijangka bermula pada jam 3 petang.
NONE11.05am: Masjid Negara -Sejumlah 14 buah bas yang membawa peserta perhimpunan dari Pulau Pinang, Kedah, Johor, Pahang dan Terengganu diparkir di kawasan berhampiran Masjid Negara.

Sebanyak 50 buah kereta juga diparkir di bahu jalan di hadapan masjid dan kawasan ini mula mula dipenuhi orang ramai.

Gerai yang dibuka di kawasan masjid menjual barangan seperti baju-T dan makanan manakala para peserta dilihar berlegar di sekitar kawasan berkenaan.

Antaranya, Mazlan Mukhtar, 47, dari Nibong Tebal, Penang yang berkata beliau memandu sejak tengah malam tadi dan tiba pada jam 5 pagi.

“Saya menyertai kesemua perhimpunan termasuk di Kelana Jaya, Petaling Jaya dan himpunan BERSIH,” katanya.

NONE10.50am: Jalan TAR -Sekumpulan kira-kira 100 orang peserta perhimpunan dilihat berkumpul di kawasan pintu masuk ke pusat membeli belah Sogo.
Naib presiden PKR Tian Chua dijangka akan menyertai kumpulan berkenaan dan seterusnya berarak ke Padang Merbok.
Kebanyakan para peserta merupakan kelompok penyokong PAS yang memakai baju berwarna hitam.

10.40am: Jalan Raja Laut - 
Seramai empat orang peguam daripada Majlis Peguam hadir sebagai pemerhati kepada perhimpunan Black 505.

Kawasan itu juga dipantau sepasukan lima orang anggota polis, yang tiba dengan sebuah kenderaan peronda.

Tiada ulasan: