22 Jun 2013

Husam dibawa ke IPD Pengkalan Chepa Harakahdaily, 22 Jun 2013

13 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily/-

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Husam Musa yang ditahan di Balai Polis Ampang petang tadi, kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pengkalan Chepa, Kelantan.

Menurut maklumat yang diterima Harakahdaily, Adun Salor itu dibawa dengan kereta proton Waja polis kira-kira jam 6 petang tadi.



.Beliau dijangka tiba di IPD Pengkalan Chepa lewat malam ini.

Difahamkan waran tangkap terhadap Husam dikeluarkan polis Kelantan pada 20 Jun lalu.

Terdahulu, kira-kira jam 4 petang tadi Husam melalui khidmat pesanan ringkas SMS memaklumkan bahawa beliau ditahan di Desa Pandan ketika sedang dalam perjalanan menuju ke Himpunan Aman Black 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Beliau memaklumkan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Ia dipercayai ada kaitan dengan kenyataannya mengenai ‘syahid fi sabilillah’ berhubung penyertaan pada himpunan aman Black 505 di Padang Merbok hari ini.

Dalam perkembangan lain, penyokong Pakatan Rakyat akan berkumpul di IPD Pengkalan Chepa bermula jam 11:00 malam ini.

Tiada ulasan: