20 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
AVELLINO: Sekurang-kurangnya 30 maut apabila bas yang terbabas terhumban dari jejambat setinggi 30 meter di selatan Itali, hari ini.
Jurugambar di tempat kejadian, Cesare Abbate, berkata lebih 30 mayat ditutup dengan kain putih di letakkan sepanjang jalan raya berkenaan.
Beberapa kereta turut yang dilanggar bas berkenaan sebelum terhumban dari jejambat berkenaan.
Sementera itu, sumber kerajaan berkata setakat ini jumlah sebenar angka korban belum diketahui akibat nahas yang berlaku pada waktu malam itu.
“Saya tidak boleh mengesahkan jumlah mangsa kerana kerja mengeluarkan mereka dari bangkai bas masih dijalankan," kata jurucakap polis.
Lebuhraya Naples-Bari dilaporkan ditutup kepada lalu lintas.
Anggota penyelamat di tempat kejadian itu Avellino, sebuah bandar di selatan Wilayah Campania berkata, bas berkenaan melanggar beberapa kenderaan lain sebelum terhumpan dari jejambat.
"Beberapa penumpang mungkin tercampak dari bas berkenaan dan terhumban dari jejambat," katanya.
Lebih 40 penumpan di dalam bas berkenaan dalam perjalanan pulang daripada menghadiri satu majlis keagamaan.
Saksi berkata, berdasarkan keadaan bas berkenaan ia nahas mungkin berpunca daripada masalah brek.
Beberapa saksi lain berkata, tidak jelas sama ada pemandu bas berkenaan tertidur ketika sedang mamandu atau bas berkenaan mengalami masalah tayar. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan