29 Julai 2013

Parti Hun Sen menang tipis PRU Kemboja

20 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

PHNOM PENH 29 Julai - Parti Rakyat Kemboja (CPP) pimpinan Perdana Menteri Hun Sen semalam memenangi pilihan raya umum (PRU) negara ini namun dengan majoriti yang semakin berkurangan.

Jurucakap kerajaan yang juga menteri penerangan, Khieu Kanharith berkata dalam laman Facebooknya, kiraan terakhir menunjukkan, CPP memenangi 68 kerusi Parlimen berbanding 55 oleh pembangkang.

Pada 2008, CPP memenangi 90 daripada 123 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Dengan mendapat sokongan media arus perdana dan sumber-sumber yang kuat, CPP menaruh keyakinan menang pilihan raya kali ini.

Namun para penganalisis meramalkan parti itu akan menang dengan majoriti kecil selepas penggabungan dua parti pembangkang dan kembalinya pemimpin pembangkang popular daripada buangan, Sam Rainsy. - REUTERS




Tiada ulasan: