GEORGETOWN: Berlian berusia 200 tahun di Tokong Kuan Yin, Jalan Masjid Kapitan Keling, di sini dilapor hilang hari ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata dalam kejadian pada 1 tengah hari itu, penjaga tokong berkenaan memberkas seorang lelaki yang sedang memecahkan almari kaca yang menempatkan patung Kuan Yin untuk mencuri berlian itu.
"Lelaki berusia 35 tahun itu dipukul sebelum diserah kepada polis," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata bagaimanapun berlian berusia 200 tahun itu tidak ditemui bersama suspek.
Polis sedang mengambil keterangan daripada penjaga tokong yang melaporkan kehilangan berlian itu untuk siasatan lanjut, katanya. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan