7 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Pasangan
yang mempersendakan Bulan Ramadan, Alvin Tan dan Vivian Lee, diiringi
Pegawai Penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM), selepas hadir di
Pejabat Penguatkuasa Seruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM) sejak jam 10:45 pagi Isnin bagi memberi keterangan kerana
mempersendakan bulan Ramadan dengan membuat naik gambar yang menyentuh
sensitiviti rakyat Malaysia khususnya umat Islam di laman facebook
mereka di Kuala Lumpur pada Isnin.-FotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Selepas disoal siasat lebih sembilan jam oleh
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), penulis blog
seks, Alvin Tan dan Vivian Lee kini disoal siasat oleh pihak polis.
Mereka dijangka akan disoal siasat selama dua jam oleh pihak polis.
Petugas media yang berkumpul menjangkakan pasangan berkenaan akan
meninggalkan bangunan tersebut pada pukul 8 malam bagaimanapun, hanya
sesekali kelibat mereka dilihat masuk ke tandas.
Pada kira-kira pukul 9.30 malam, pasangan berkenaan diiringi dengan
dua anggota polis dibawa ke satu lokasi yang tidak diketahui.
"Kami telah memohon maaf di Twitter. Kami sangat ikhlas," kata Tan ketika mereka bergerak ke arah kereta.
Khamis lalu, Avlin dan Vivian memuat naik gambar mereka sedang
menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut
teh...wangi enak dan menyelerakan' berserta logo halal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan