16 Julai 2013

Gempa 7.3 magnitud gegar pesisir pantai Antartika

7 Ramadhan 1434 H. [MOD] - 

BUENOS AIRES: Satu gempa bumi kuat berukuran 7.3 pada skala Ritcher melandar pesisir luar pantai Antartika, mengakibatkan ombak besar. Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.
 “Pada jam 11.03 malam (waktu tempatan), stesen seismologi mengesan gempa bumi berukuran 7.3 pada skala Richter di kawasan berhampiran pantai, dengan kedalaman kira-kira 10 kilometer,” demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Pengurusan Antartika Argentina hari ini.


Gempa itu juga tidak mengakibatkan sebarang kerosakan sambil menambah, tiada laporan kerosakan atau kecederaan di tempat lain di Semenanjung Antartika. - AFP

Tiada ulasan: