21 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Devils 'baham' Kitchee: Pemain Manchester United, Chris Smalling (tengah) dikepung lima pemain Kitchee SC dalam aksi persahabatan di Stadium Hong Kong, malam tadi. United menang 5-2. - Foto AFP
HONG KONG: Manchester United menamatkan siri jejalah luar musimnya dengan membenam Kitchee 5-2 di Hong Kong, kemenangan kedua David Moyes sejak dilantik menjadi pengurus baru kepada juara Liga Perdana Inggeris itu. Danny Welbeck, Chris Smalling, Fabio Da Silva dan pemain gantian, Adnan Januzaj meletakkan United 4-0 selepas tamat separuh masa pertama.
Pada babak kedua, pemain gantian Jesse Lingard meledak selepas permainan 10 minit bermula di depan 40,000 penonton di Stadium Hong Kong.
Dengan itu, United memperoleh dua kemenangan, dua kekalahan dan satu seri dalam siri jejalah Asia dan Australia. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan