29 Julai 2013

Saudi lancar saluran wanita pertama

20 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

RIYADH - ARAB SAUDI. Arab Saudi melancarkan saluran televisyen satelit pertama khusus untuk golongan wanita awal tahun depan.

Dipetik laporan Arab News, Presiden Pihak Berkuasa Media Am Audio dan Visual, Riyaz Kamal Najam berkata, saluran khas itu bakal menjadi medium untuk memaparkan kebudayaan kewanitaan di negara itu.

"Saluran itu digunakan sebagai platform kepada wanita untuk menunjukkan bakat dan mengetengahkan isu semasa wanita Arab," katanya.

Menurutnya, selain itu, saluran tersebut juga memaparkan imej Muslimah dalam meningkatkan penguasaan pendidikan, kebudayaan dan sosial.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

harap2 ianya menjadi contoh utk negara lslam yg lain

Tanpa Nama berkata...

Negara ini fikiran lambat maju