08 August 2013

Selamat Hari Raya dari Cina Islam

1 Syawal 1434 H. [MOD] -

1 Syawal menjelang lagi menandakan perginya Ramadhan yang selama ini kita rindui untuk hadir namun dia pergi juga, semuga kita berasa sedih kerana bimbang takut ianya tidak datang lagi dalam usia yang masih tidak ada jaminan melainkan dengan izin Allah jua.

Namun kesedihan perginya Ramadhan terubat jua kerana datangnya Syawal menandakan kita telah mampu melalui hari-hari Ramadhan dengan ;




1. Banyak beribadah di waktu malam seperti yang disunahkan khususnya utk bulan ramadhan.

2. Banyak Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w

3. Banyak bersedekah kepada fakir miskin disamping telah menunaikan kewajipan berzakat.

4.Banyak bertadarus Al Quran dan cuba memahami isi kandungannya

5. Secara umumnya kita telah di sekolahkan oleh Ramadhan untuk menjadi insan yang lebih mulia dari segi rohani dan jasamaninya.

Ramadhan membuktikan kita mampu melakukan sesuatu yang luar biasa, kerana itu apalah salahnya yang luar biasa itu terus menjadi amalan kita yang berterusan sepanjang tahun.

Ramadhan yang memberi kesan yang mendalam kepada rohani dan jamani pasti akan melahirkan kita sebagai graduan nya yang telah mendapat kelulusan takwa.

Selamat Hari Raya dari saya Idham Lim sekeluarga. Maaf Zahir dan Batin.....

No comments: