08 Ogos 2013

1,000 penduduk sehelai sepinggang rumah atas air musnah dijilat api

1 Syawal 1434 H. [MOD] -

1,000 penduduk sehelai sepinggang rumah atas air musnah dijilat api
HAMPIR 200 rumah atas air di Kampung Cenderamata, Batu Sapi dekat sini musnah kebakaran tengah hari tadi.

SANDAKAN: Kira-kira 1,000 penduduk tinggal sehelai sepinggang apabila hampir 200 rumah atas air di Kampung Cenderamata, Batu Sapi dekat sini musnah kebakaran tengah hari tadi.

Kebakaran itu turut menyebabkan warga emas, Isnah Kuayah, 73, rentung dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu. 

Seorang lelaki turut dilaporkan terkena renjatan elektrik dan dihantar ke Hospital Duchess of Kent, di sini, manakala seorang anggota bomba turut dihantar ke hospital yang sama selepas tergelincir ketika membuat operasi dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. 


Ketua Zon Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Ordine Gilu, berkata bomba menerima panggilan pada jam 1.18 tengah hari sebelum menghantar 15 anggota bersama tujuh jentera.



Katanya, mereka turut dibantu 15 anggota bomba sukarela dari Karamunting selain anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).



"Ketika bomba sampai, kebakaran sudah merebak. Kami terpaksa membuat pintasan bagi mengelak lebih banyak rumah musnah. Kebakaran hanya dapat dikawal kira-kira 30 minit selepas itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Tiada ulasan: