06 Ogos 2013

10 lelaki beragama Islam ditahan makan pada bulan Ramadan

28 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


IPOH: Seramai 10 lelaki beragama Islam berusia antara 55 hingga 70 tahun ditahan kerana makan di sebuah kedai makanan Cina di Pasir Putih, di sini. 

Kesemua mereka ditahan dalam serbuan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) ke kedai makan berkenaan yang menjadi tumpuan kaki ponteng puasa jam 11.10 pagi tadi. 


Ketua Pegawai Penguatkuasa JAIPk, Ahmad Nizam Amiruddin, berkata kesemua lelaki berkenaan diambil keterangan dan disaman mengikut Seksyen 24 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Perak. 


Katanya, tangkapan terbaru itu menjadikan bilangan umat Islam yang ditangkap atas kesalahan itu di Perak sepanjang Ramadan kepada 30 orang, meningkat berbanding hanya 18 ditahan tahun lalu. BH.-

Tiada ulasan: