06 August 2013

Kelantan ketengah muka baru Penyelia Dun

28 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KOTA BHARU: Bagi memudahkan perkhidmatan kepada rakyat di kawasan dimenangi BN pada pilihan raya umum lalu, kerajaan negeri melantik penyelia Dun dan Parlimen di kawasan terbabit.

BN dan Umno juga melantik penyelaras di 33 Dun dan sembilan kawasan parlimen di Kelantan yang dimenangi Pakatan Rakyat.


Mesyuarat Exco kerajaan negeri baru-baru ini meluluskan pelantikan tersebut bagi membolehkan mereka berkhidmat kepada rakyat, sebagai wakil kerajaan negeri.

Mereka terdiri daripada calon-calon yang tewas PRU lalu dan muka baru.

Bekas-bekas calon yang dikekalkan sebagai penyelia Dun iaitu Wan Hassan Wan Ibrahim di Dun Semerak, Ku Mohd Zaki Ku Hussin (Dabong), Abdullah Hussin (Galas).

Selain itu Nik Mahadi Nik Mahmood (Kok Lanas), Sufely Abdul Razak (Bukit Bunga) dan Ramlan Mat (Kuala Balah).

Manakala tokoh baru yang ditampilkan Nik Yusof Nik Abdullah (Selising), Razali Yusoff (Gual Ipoh), Mustapha Deris (Air Lanas), Syed Azhari Syed Alwi (Nenggiri) dan Noraini Hussin (Paloh).

Dun Pengkalan Kubur mengekalkan bekas penyelia penggal lepas iaitu Wan Rosdi Wan Ibrahim.


Penyelia peringkat parlimen pula iaitu Abdul Aziz Ab Kadir (Ketereh), Amran Abdul Ghani (Tanah Merah), Mohd Apandi Mohamad (Jeli) dan Ahmad (Gua Musang).


Bagaimanapun parlimen Machang belum lagi dinamakan penyelia baru.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yusoff berkata, pelantikan penyelia peringkat Dun dan parlimen dibuat bagi memudahkan urusan kerajaan dengan rakyat.

Katanya, pelantikan penyelia di kawasan terbabit dibuat memandangkan pada pilihan raya umum lalu dimenangi BN.

“Dengan adanya penyelia membolehkan urusan rakyat termasuk berkaitan tanah dan pelbagai lagi di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dapat dipermudahkan,” ujarnya di sini.

Harakahdaily/-

No comments: