06 August 2013

Letupan bom di Mindanao, 6 maut

28 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

MANILA 6 Ogos - Satu letupan kuat menggegarkan bandar Cotabato di Pulau Mindanao, selatan Filipina semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya enam orang maut dan 26 lagi cedera.

Ketua Polis Cotabato, Supritendan Rolen Balquin berkata, bahan letupan dipercayai dipasang di dalam sebuah kenderaan, sama ada motosikal atau van, yang diletakkan berhampiran hospital dan sebuah sekolah di bandar itu.

“Letupan berlaku di jalan yang sibuk dan setakat ini enam orang disahkan maut," katanya kepada stesen radio tempatan, DXMS.

Balquin berkata, letupan yang berlaku pada waktu petang itu turut menyebabkan sekurang-kurangnya empat kereta musnah dan mencetuskan kebakaran di rumah mayat serta bengkel yang terletak berhampiran. - AF



No comments: