06 Ogos 2013

Mesej rahsia Al-Qaeda sebabkan kedutaan AS ditutup

28 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

WASHINGTON 6 Ogos - Amaran berjaga-jaga ke atas serangan pengganas di seluruh dunia sehingga menyebabkan 19 Kedutaan Amerika Syarikat (AS) ditutup di beberapa negara Islam adalah berpunca daripada mesej rahsia ketua al-Qaeda di Pakistan yang dihantar kepada rakan sejawatnya di Yemen.


Dalam mesej daripada Ayman al-Zawari, pemimpin yang menggantikan Osama bin Laden kepada Nasser al-Wuhayshi, Ketua al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) itu, Zawari mengarahkan serangan besar dilancarkan.

Seorang pegawai perisikan AS dan diplomat di Asia Barat berkata, mesej yang dihantar pada beberapa minggu lalu itu bagaimanapun berjaya dipintas oleh mereka, sekali gus mengundang amaran berjaga-jaga ke seluruh dunia.

Pegawai perisikan AS sebelum ini menyifatkan perbualan itu sebagai ‘sangat penting’ yang sama seperti mesej yang berjaya dipintas sehari sebelum serangan 11 September. - AGENSI

Tiada ulasan: