06 Ogos 2013

PAS Kuala Kangsar hilang seorang ahli yang gigih.


28 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KUALA KANGSAR : PAS Kawasan Kuala Kangsar kehilangan seorang yang gigih dalam menyumbangkan bakti bagi menggerakkan jentera PAS di Kuala Kangsar khususnya di dalam DUN Manong.

Sebelum berbuka puasa hari ini saya menerima berita duka dengan kembalinya kepangkuan Ilahi  individu yang saya sering panggil dengan nama Abang Zali atau Haji Zali.(Gambar berbaju merah)  Beliau adalah seorang pesara tentera yang tinggal di Kampung Kenas Manong.

Sebelum itu saya menerima SMS mengenai kedudukan kesihatannya yang agak tenat dan minta saya menziarahi kalau sempat. Kebetulan saya ada jadual Sembahyang Terawih dan Tazkirah di Kuala kangsar pada hari ini dan merencanakan selepas itu akan menziarahinya bersama isteri.

Namun hajat tidak kesampaian, malam ini saya dan isteri akan menziarahi jenazahnya.

Selama saya berkerja untuk memenangkan PAS dalam PRU ke 13 di Kuala Kangsar dalam hamipir tempoh 2 tahu, Almarhumlah antara seorang yang saya kagum dengan kegigihanya untuk ikut serta dalam apa saja program kepartian.

Gambar kenangan di atas adalah semasa saya bersama rombongan berkempen sambil berbasikal untuk DUN Bukit Chandan. Kami dijamu makan tengah hari di mesjid Bendang Kering. Walaupun dia tinggal dalam DUN Manong namun dengan semangat juangnya yang gigih dia sering ikut program kempen yang kami anjurkan.

Walaupun bertaraf seorang OKU yang cedera dalam satu serangan pengganas semasa berkerja sebagai tentera namun itu bukan halangan baginya.

Seingat saya apa saja program yang penting di peringkat kawasan dia sering kelihatan disamping sering menghadirkan diri dalam program pengajian yang diadakan di Surau Muhamaddiyah Bukit Chanda,

Terakhir saya bertemu beliau pada 3 ogos lepas dalam satu program berbuka bersama anak yatim \di Kampung ketior Luar dalam DUN Manong.

Malam itu dia mengaku dia tidak sihat dalam perbualan agak panjang bersamanya. Dia datang dengan kenderaan dipandu oleh isterinya. Katanya dia telah berjumpa dengan doktor dan mendapat rawatan yang sewajarnya.

Semuga isteri dan seluruh isi keluarganya banyak bersabar dalam menempuh ujian ini.

Marilah kita berdia moga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh .....Al Fatihah

Tiada ulasan: