KUALA LUMPUR: Sebanyak 28 mayat mangsa tragedi bas yang terjunam ke dalam gaung di Genting Highlands telah dituntut sehingga kini oleh anggota keluarga masing-masing.
Menurut jurucakap Hospital Kuala Lumpur (HKL)(she), tinggal sembilan lagi mayat yang belum dituntut termasuk dua yang masih gagal dikenal pasti.
Petang semalam, HKL menyatakan dua mayat iaitu seorang lelaki mirip Cina dan seorang wanita dipercayai berbangsa Afrika masih gagal dikenali atau dicam mana-mana pihak.
HKL setakat semalam juga telah mengeluarkan senarai 35 daripada 37 nama mangsa yang terkorban dalam kemalangan itu.
Nahas bas yang terhumban ke dalam gaung sedalam 60 meter di Km3.5 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur pada Rabu lepas itu meragut 37 nyawa termasuk pemandu manakala 16 lagi cedera. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan