17 Syawal 1434 H. [MOD] -
Gerakan besar-besaran akan dilakukan mulai 1 September ini bagi menangkap pekerja asing tanpa permit kerja, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Kita tidak mahu pihak majikan menggaji pekerja asing yang tidak ada permit di tempat kerja masing-masing. Pada waktu yang sama kita mahu lihat pihak majikan memberikan kemudahan perumahan, perubatan dan juga menjaga kebajikan mereka.
"Ini bagi memastikan Malaysia dianggap sebagai sebuah negara yang memerlukan pekerja asing tetapi menjaga kebajikan mereka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri Parlimen Bagan Datoh semalam.
Katanya gerakan itu juga bagi memastikan kesemua pekerja asing yang berkerja di Malaysia mematuhi peraturan dan undang-undang di negara ini.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan