24 Ogos 2013

Pelarian kanak-kanak Syria cecah 1 juta

17 Syawal 1434 H. [MOD] -

GENEVA 23 Ogos - Jumlah kanak- kanak yang melarikan diri daripada perang saudara di Syria mencecah satu juta orang hari ini, dengan dua juta lagi kanak-kanak berpindah ke kawasan sempadan negara itu berikutan konflik tersebut.

''Jumlah sejuta pelarian kanak- kanak ini bukan hanya satu angka. Mereka merupakan kanak-kanak yang meninggalkan rumah, malah mungkin daripada keluarga.


''Mereka mengharungi saat ngeri yang kita baru mula untuk memahaminya,'' kata Ketua Tabung Kanak- Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Anthony Lake dalam satu kenyataan.

Kanak-kanak juga membentuk separuh daripada jumlah keseluruhan pelarian Syria bagi tempoh lebih dua tahun setengah dalam konflik di negara itu.

Menurut angka terbaharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), terdapat kira-kira 740,000 pelarian Syria berumur di bawah 11 tahun, dengan kebanyakan mereka berada di Lebanon, Jordan, Turki, Iraq dan Mesir.

Dalam perkembangan berasingan, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menegaskan bahawa sebarang serangan senjata kimia di Syria merupakan 'jenayah kemanusiaan' dan 'masa tidak harus dibuang' bagi menyiasat penggunaan gas beracun itu berhampiran Damsyik.

Dalam satu ucapan spontan pada satu majlis di Seoul, Ki-moon berkata, laporan penggunaan senjata kimia ke atas orang awam di Syria 'amat membimbangkan dan mengejutkan'.

''Sebarang penggunaan senjata kimia di mana-mana sahaja, oleh sesiapa sahaja, di bawah mana-mana keadaan adalah melanggar undang- undang antarabangsa.

''Pelaku jenayah terhadap manusia seperti itu seharusnya berdepan tindakan serius,'' katanya. - AFP




1 ulasan:

::. Wan Yaakub Wan Abdullah .:: berkata...

"GENEVA 23 Ogos - Jumlah kanak- kanak yang melarikan diri daripada perang saudara di Syria mencecah satu juta orang hari ini,"

bagi pendapat saya,harap tuan tak guna istilah perang saudara...ni perang antara agama syiah la'natullah dan Islam...
bagi syiah halal dan dapat pahala bunuh orang Islam...