27 Ogos 2013

Keputusan bantahan petisyen Bukit Baru 5 Sept


20 Syawal 1434 H. [MOD] -

MELAKA: Mahkamah Pilihan Raya akan membuat keputusan 5 September ini berhubung bantahan PAS terhadap petisyen yang di kemukakan BN bagi Dun Bukit Baru.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari berkata, beliau menyeru kepada ahli dan penyokong PAS menunjukkan solidariti kepada Adun PAS, Dr Md Khalid Kassim di mahkamah nanti.

BN telah mengemukakan petisyen terhadap kemenangan Md Khalid bagi Dun Bukit Baru, namun petisyen itu dibantah oleh PAS.

Mahkamah yang bersidang pada 22 Ogos lalu telah menangguhkan keputusan bantahan itu kepada 5 September ini. 

PAS diwakili oleh peguam yang diketuai oleh Zulkhairi Mohamad manakala pasukan peguam BN diketuai oleh Dato Hafarizam Haron.

Sementara itu Pengerusi Sekretariat Pusat Khidmat Masyarakat Adun Bukit Baru, Yusof Wahab dalam kenyataannya hari ini meminta seluruh ahli dan penyokong PAS Melaka mengadakan solat hajat dan berdoa agar bantahan PAS ini diterima oleh mahkamah pilihanraya.

'Kita harap seluruh ahli dan penyokong mengadakan solat hajat dan mendoakan kejayaan Adun kita bagi memastikan khidmat kita dapat diteruskan," katanya. Harakahdaily/-

Tiada ulasan: