27 August 2013

Altantuya dibawa pergi "mereka berdua" - Isteri Bala


20 Syawal 1434 H. [MOD] -

Harakahdaily,27 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: A Santamil Selvi, isteri kepada penyiasat persendirian mendiang Balasubramaniam mendakwa suaminya pernah bercerita kepadanya berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu.

Dipetik Keadilandaily, Selvi dilapor berkata, suaminya ada menceritakan sendiri kepadanya bagaimana Altantuya dibawa oleh dua orang tertuduh sebelum mayat wanita berkenaan ditemui telah diletupkan.

“Saya tahu Altantuya dibunuh. Mendiang suami saya menceritakan sendiri kepada saya.

“Dia melihat Altantuya dibawa pergi oleh mereka berdua, sebelum mayat Altantuya dijumpai telah diletupkan,” kata Selvi seperti dilapor Keadilandaily.

Balasubramaniam, satu-satunya individu yang membuat akuan bersumpah (SD) menceritakan peristiwa berkaitan dengan pembunuhan Altantuya Shariibu kembali Malaysia 22 Februari tahu ini.

Sebaik saja pulang, Bala berjanji akan membuat roadshow di seluruh negara bagi menceritakan apa yang berlaku.

Beliau hanya sempat berbuat demikian di Dewan Himpunan China Selangor dan di Bachok, Kelantan sahaja kerana mengadu tidak sihat.

PI BalaNamun, beliau meninggal dunia 15 Mac lalu di Klinik Rawang selepas mengalami sesak nafas.

Kelmarin, Azilah Hadri, bekas Cif Inspektor Unit Tindakan Khas (UTK) dan Koperal Sirul Azhar dibebaskan daripada tuduhan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu 23 Ogos lalu oleh Mahkamah Rayuan.

Mengulas lanjut, Selvi berkata beliau kecewa dengan keputusan mahkamah semalam.

“Dimanakah keadilan untuk mangsa? “Ini menyedihkan saya.

“Saya berharap perbicaraan semula dilakukan. Panggil semua yang terlibat, bicarakan betul-betul,” tegas Selvi.

2 comments:

dino.yp@gmail.com said...

ramai orang boleh jual air liur.

Anonymous said...

keadilan nampak tidak di timbulkan