27 August 2013

Kebakaran 11 rumah panjang di S'wak, rugi RM12.8 juta

20 Syawal 1434 H. [MOD] -


Kebakaran yang memusnahkan 11 rumah panjang di Sarawak setakat kelmarin, menyebabkan kerugian dianggarkan RM12.8 juta.

Lima daripada insiden itu disebabkan aktiviti memasak, empat disebabkan litar pintas dan selebihnya penggunaan lilin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Nor Hisham Mohammad berkata sikap lalai, lupa dan leka antara punca berlakunya kebakaran itu.

"Siasatan kami menunjukkan kebocoran gas daripada dapur memasak, selain penggunaan peralatan elektrik yang berpanjangan juga menyumbang kepada insiden itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan di Kching semalam.

- Bernama

No comments: