27 August 2013

Tok Guru Nik Aziz semangat cerita isu Mesir

20 Syawal 1434 H. [MOD] -


KOTA BHARU: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelihatan bersemangat sambil meluah rasa kesal terhadap pergolakan politik di Mesir.


“Segalanya bermula kejahatan Yahudi. Sejak zaman Rasulullah s.a.w. orang Yahudi sudah memusuhi Islam.


“Pakatan jahat Amerika dan Yahudi di belakang krisis penggulingan Presiden Dr Mohammad Morsi yang dilantik secara demokrasi.

“Ini semua dalam usaha mereka menggagalkan kebangkitan Islam di Timur Tengah dan Mesir khususnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka hari ini.

Sebelum itu beliau menerima kunjungan beberapa NGO yang datang bertanya khabar mengenai keadaan kesihatannya.

Beliau keluar wad kelmarin. Beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian selama seminggu kerana sedikit gangguan kesihatan.

Semalam beliau juga dikunjungi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mursyidul Am PAS terbabit muncul di hadapan pintu rumahnya dengan wajah tenang dan ceria sambil menjemput tetamu yang datang naik ke atas rumahnya.

Sambil memberitahu sudah beransur pulih beliau juga sempat bergurau senda dengan cucunya.

“Cuma ada sedikit sebanyak rasa kurang selesa ketika dalam keadaan tertentu, biasalah baru keluar hospital,” ujar Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Beliau juga berharap seluruh umat Islam agar memainkan peranan bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat Mesir yang sedang berdepan rejim tentera pimpinan As Sisi.

Harakahdaily/-

No comments: