20 Ogos 2013

Xiaomi Phone sasar catat untung tinggi

13 Syawal 1434 H. [MOD] -


Lei ketika melancarkan Xiaomi Phone 2 di China, kelmarin. - Foto REUTERS

Perkhidmatan internet mudah alih lebih murah jana sumber pendapatan
Beijing: Xiaomi Tech, pengeluar telefon pintar China bagi menyaingi iPhone, mensasarkan meraih keuntungan lebih tinggi daripada perkhidmatan internet mudah alih yang ditawarkannya berikutan harga peranti yang rendah.

Walaupun jualan Xiaomi Phone pada suku kedua tahun ini lebih tinggi daripada yang dicatat iPhone, harga peranti yang jauh lebih murah menyebabkan syarikat meraih marjin keuntungan yang kecil.
Keadaan itu, mendorong Ketua Eksekutif yang juga pengasas syarikat, Lei Jun menyusun gerak kerja mengembangkan perniagaan internet mudah alih China yang dianggarkan bernilai sekitar AS$30 (RM98.3 bilion) bilion menjelang 2015 daripada kira-kira AS$9 bilion (RM29.5 bilion) tahun lalu.
“Xiaomi kelihatan sedikit sama dengan Apple (iPhone), tetapi lebih sama Amazon dan beberapa elemen serupa Google,” kata Lei yang memakai kemeja dan seluar jeans biru dan kasut sukan dalam satu pertemuan sempena pelancaran Xiaomi Phone 2 di sini.
“Telefon pintar hanyalah perantara,” kata Lei yang melancarkan Xiaomi Phone pada 2011.
“Microsoft menjual Windows dalam satu kotak dengan CD. Adakah ia membuatkan Microsoft sebagai syarikat pengeluar kotak kertas,” tambahnya.
Peranti lebih murah
Populariti telefon bimbit murah lagi menarik, Xiaomi adalah tidak boleh dinafikan dengan telefon pintar utama, Mi 2S, adalah model paling popular di China pada separuh pertama tahun ini, menurut syarikat penyelidik tempatan, Antutu.
Model terbaru Xiaomi, Hongmi, dijual pada AS$130 (RM426), lebih murah berbanding AS$770 (RM2,523) bagi iPhone 5 atau AS$470 (RM1,540) bagi model terbaru Galaxy keluaran Samsung Electronics Co Ltd yang menjadi peneraju pasaran di China.
Pada suku kedua tahun ini, Xiaomi berada pada kedudukan keenam daripada segi penguasaan pasaran, satu tangga di depan Apple.
Kedudukan itu bagaimanapun mungkin berubah apabila firma AS itu dijangka memperkenalkan model rekaan semula iPhone pada September selain mungkin mengeluarkan model lebih murah.
Jun, 43, berkata adalah sukar membuat perbandingan dengan Apple hingga penamat dan persaingan dengan syarikat tempatan Alibaba Group Holding, Baidu Inc dan Tencent Holdings Ltd baru bermula. - REUTERS

Tiada ulasan: